Asalammualaikum,
Pada minggu ini kumpulan kami didedahkan dengan pembikinan multimedia iaitu video. Minggu ini kami diberi peluang untuk membincangkan elemen-elemen multimedia. Selain itu, kami membincangkan story board dan perkara-perkara yang mahu diisi dalam video. Elemen-elemen tersebut haruslah berkaitan dengan tajuk Kemahiran Abad Ke 21 yang kami kaji. Kami menggunakan Windows Movie Maker kerana ianya lebih mudah dalam menggunakan aplikasi ini untuk menghasilkan video yang baik. Pembahagian tugas dilakukan, dan pembikinan video dilakukan oleh ketua kami iaitu Ariff.
Dalam sesi perbincangan ini pelbagai perkara yang kami dapat pelajari serta dapat bertukar idea dengan ahli kumpulan. Banyak perkara yang saya tidak ketahui mengenai pembuatan video ini tapi ia telah diterangkan oleh ahli kumpulan. Ia menambah maklumat dan pengetahuan saya. Walaupun kami mempunyai citarasa yang berbeza tapi kami gabungkan supaya ia menjadi satu video yang menarik. Dalam situasi ini sifat bertolak ansur dan tolong menolong sangat diperlukan.