Assalamualaikum...
Pada minggu ini kami dibahagi kepada beberapa kumpulan dalam kelas kami untuk membuat tugasan seterusnya. Setiap kumpulan dianggotai 3 pelajar dan kami diberi satu tajuk untuk satu kumpulan. Kumpulan saya dianggotai oleh Ariff Mu'azzam, Noor Hajijah dan saya sendiri, Nor Hana Afira. Anggota kumpulan ditetapkan oleh kami sendiri.
Apabila ahli kumpulan telah ditetapkan, kami telah diberi tajuk yang perlu dikaji. Setiap kumpulan diberi tajuk yang berbeza dan kami telah mendapat tajuk Kemahiran Abad Ke-21(21st Century Skills) yang sangat menarik bagi saya. Kami dikehendaki mengkaji apa itu Kemahiran Abad ke-21 dan membuat hasil kajian kami di dalam aplikasi 'Google Slide', iaitu aplikasi yang telah diajar kepada kami. Aplikasi ini sangat menarik dan lebih banyak aplikasi yang boleh digunakan didalamnya melebihi aplikasi yang ada di power point. Ini menjadikan persembahan kami lebih menarik.
Kami juga didedahkan dengan konsep 'Casper' dalam membuat persembahan slide agar slide kami seimbang dari segi penyampaian maklumat, warna dan keselarasan.
Saya berharap agar tugas kami ini dipermudahkan oleh Yang Maha Esa kerana setiap apa yang kami buat, tidak lain tidak bukan hanya untuk menunaikan tanggungjawab kami dan memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.
Terima kasih..