Nor Hana Afira Garahana
program pendidikan khas
  • Biodata Saya
  • Refleksi saya
  • Tugasan 1
    • Tugasan 2
    • tugasan 3
    • tugasan 4
    • tugasan 5
    • Tugasan 6
    • Tugasan 7
    • Tugasan 8

Refleksi Pembelajaran

Coretan ini adalah semata-mata untuk kursus GE1155

Refleksi 12 Minggu 14

1/2/2016

0 Comments

 
Assalamualaikum,

Pada minggu ini, kami diminta untuk membuat excel. Excel merupakan aplikasi atau cara mudah dalm pengiraan dan peratusan markah untuk pelajar. Meskipun pada mulanya rumit, namun hasil tunjuk ajar pensyarah kami, saya dan ahli kumpulan yang lain mampu membuatnya dengan mudah. Excel memudahkan dan lebih menjimatkan masa berbanding pengiraan cara tradisional.

Kesimpulannya, minggu terakhir ini memberi kami banyak pengalaman dan pengetahuan mengenai kursus ini. Dan alhamdulilah, kami dan kumpulan yang lain mampu melakukan tugasan dengan baik dan saling bertolak ansur sesama kami. Kursus ini sesungguhnya memberi pendedahan yang banyak kepada kami dalam menceburi bidang perkomputeran dalam pendidikan.
0 Comments

Refleksi 11 Minggu 13

1/2/2016

0 Comments

 
Asalamualiakum,

Pada minggu ini kumpulan kami dan kumpulan yang lain telah ditugaskan untuk membentang video yang telah dibina. Video kami bercerita secara keseluruhan  mengenai Kemahiran Abad ke 21. Alhamdulillah, input yang cuba kami sampaikan melaluinya dapat diterima dengan baik oleh Encik Md Yusoff dan rakan-rakan.  Kelainan video kami berbanding kumpulan lain ialah kumpulan kami satu-satunya yang menggunakan windows movie maker.  Kumpulan lain menggunakan Powtoon. Meskipun begitu, video rakan-rakan yang lain juga menarik dan mampu diterima baik oleh En Md Yusoff. 


Kesimpulannya disini, video merupakan media pennyampaian ilmu yang baik dan menarik minat pelajar untuk meneruskan pembelajaran. Nasihat saya, agar rakan-rakan yang lain haruslah mempelajari teknik untuk membuat video ini untuk menarik minat penuntut ilmu.
0 Comments

Refleksi 10 Minggu 12

1/2/2016

0 Comments

 
Assalamualaikum,

Akhirnya video Kemahiran Abad Ke 21 telah dapat siapkan dengan baik setelah seminggu. Dalam video tesebut, ia dimulakan dengan  intro , selepas itu pergi kepada isi mengenai Kemahiran abad ke 21 yang kami pelajari. Dalam setiap topik tersebut kami masukkan  beberapa keping gambar  yang berkaitan agar video tidak terlalu kosong dan membosankan. Kami akhiri video kami dengan "credit" Video yang berdurasi 2 minit itu diiring oleh lagu "Transformers". Segala video dan gambar serta lagu dimuat turun daripada internet oleh ketua kami, Ariff. Video tersebut kami uploadkan ke dalam Youtube setelah selesai.

          Dengan tugasan ini saya dapat tahu beberapa ilmu baru seperti cara membuat video dengan lebih baik dan menarik. Oleh itu, para bakal guru harus mengusai topik ini untu kegunaan masa hadapan dalm pembelajaran dan pengajaran.
0 Comments

Refleksi 9 Minggu 11

1/2/2016

0 Comments

 
 Asalammualaikum,

Pada minggu ini kumpulan kami didedahkan dengan pembikinan multimedia iaitu video. Minggu ini kami diberi peluang untuk membincangkan elemen-elemen multimedia.  Selain itu, kami membincangkan story board dan perkara-perkara yang mahu diisi dalam video.  Elemen-elemen tersebut haruslah berkaitan dengan tajuk Kemahiran Abad Ke 21 yang kami kaji. Kami menggunakan Windows Movie Maker kerana ianya lebih mudah dalam menggunakan aplikasi ini untuk menghasilkan video yang baik. Pembahagian tugas dilakukan, dan pembikinan video dilakukan oleh ketua kami iaitu Ariff.

             Dalam sesi perbincangan ini pelbagai perkara yang kami dapat pelajari serta dapat bertukar idea dengan ahli kumpulan. Banyak perkara yang saya tidak ketahui mengenai pembuatan video ini tapi ia telah diterangkan oleh ahli kumpulan. Ia menambah maklumat dan pengetahuan saya. Walaupun kami mempunyai citarasa yang berbeza tapi kami gabungkan supaya ia menjadi satu video yang menarik. Dalam situasi ini sifat bertolak ansur dan tolong menolong sangat diperlukan.
0 Comments

Refleksi 8 Minggu 1o

1/2/2016

0 Comments

 
Asalammualaikum, alhamdulilah masih diberi kesempatan dalam menyelesaikan tugasan minggu ini. Pada minggu ini kami mempelajari tentang cara untuk membuat brosur.
Elemen yang perlu ada pada brosur ialah :

  •     Teks,
  •     Bentuk
  •     Imej
  •     Warna
 
Elemen-elemen yang terdapat pada brosur perlu kreatif bagi menarik perhatian pembaca dan tidak mudah bosan. Contohnya menggunakan warna-warna yang menarik, bentuk yang lebih cantik , imej yang ringkas dan moden. Kami juga memastikan brosur kami padat dengan maklumat tetapi tidak terlalu sarat sehingga memeningkan orang yang melihat brosur kami. Brosur ini boleh dibina menggunakan microsoft  publisher atau word. Jadi, ia memudahkan pengguna untuk membina sesebuah brosur mengikut citarasa masing-masing.
​


0 Comments
<<Previous
0 Comments

Refleksi 7 minggu 9

12/9/2015

0 Comments

 
Pada minggu ke sembilan ini, saya dan rakan- rakan lain diminta membuat broucher mengeni tajuk masing-masing mengikut tajuk yang diberikan dalam assingment 2 atau tugasan 2. Namun, Broucher yang dilakukan haruslah menarik serta padat dengan info mengenai kemahiran abad ke 21. Selain itu mencapai target dalam menyampaikan maklumat mengenai tajuk. Maka pembaca akan membaca secara langsung malah bahasa yang digunakan mudah difahami, tidak terlalu panjang dan struktur ayat yang meleret-leret sehingga membosankan untuk membaca serta perhiasan yang digunakan tidak penuh atau terlalu serabut sehingga mengganggu tulisan yang ingin dibaca.
 

Sehubungan dengan itu, dalam kumpulan, sediakan laporan kajian mengikut format yang tepat menggunakan Google Docs. kemudian, muat naik laporan di Portfolio Weebly masing-masing.
0 Comments

Refleksi 6 minggu ke 8

12/8/2015

0 Comments

 
Assalammualaikum
Pada minggu kelapan ini, En Md Yusoff telah memberi penerangan mengenai laporan proses yang perlu dilakukan dari hasil dapatan daripada 30 orang responden soal selidik yang telah dijalankan. 
Antara kandungan yang perlu disediakan di dalam laporan proses tersebut ialah:

1. Nama
2. Email
3. Nama Falkulti 
4. Abstrak 
5. Pengenalan
6. Objektif Kajian
7. Metadogi 
8. Dapatan kajian

Hasil dapatan soalan soal selidik yang terbahagi kepada 3 tajuk iaitu Keselamatan Komputer dan Internet, Perisian Asal dan Berlesen dan Perisian Sumber Terbuka tersebut harus diterjemahkan dalam bentuk graf atau jadual atau sebagainya.

Aplikasi yang digunakan ialah goggle form, goggle docs dan microsoft word untuk melancarkan kerja-kerja laporan proses. 

 Seterusnya, lakukan langkah seperti dibawah untuk melengkapkan kerja :-

  1. Masuk ke forum Weebly, dan isi setiap Google Form yang dihasilkan oleh setiap kumpulan-kumpulan lain. 
  2. Rujuk bahan di Internet tentang cara membuat analisis data dari soal selidik.
  3. Kembali kepada Google Form masing-masing dan lihat data yang telah dikumpul, serta lakukan analisis. 

0 Comments

Refleksi 5 minggu ke 7

12/8/2015

0 Comments

 
Assalammualaikum 

Refleksi mingguan ini bertujuan sebagai rujukan kepada diri saya mengenai tajuk atau sesuatu yang dipelajari pada minggu tersebut. Setiap hasil dapatan serta carian akan ditulis di dalam refleksi ini dengan ringkasnya. 
​
Selain itu,  rancangan dan persediaan akan dilakukan dengan lebih teratur dengan adanya refleksi ini. Tambahan pula, saya akan lebih fahami mengenai tajuk untuk dirumuskan.
0 Comments

Refleksi 4 Minggu ke 6 

10/20/2015

0 Comments

 
Assalamualaikum..

Minggu ini sudah masuk minggu ke 6 bagi saya dan rakan-rakan mempelajar berkenaan kursus komputer dalam pendidikan ini. Alhamdulillah , syukur ke hadrat Allah kami masih diberi kesempatan dalam menimba ilmu yang bermanfaat.

     Pada minggu ini kami telah membentangkan hasil slide yang telah kami lakukan pada minggu lepas iaitu berkenaan Kemahiran Abad Ke 21. Dalam pembuatan slide tersebut kami telah menyelitkan unsur casper dalam slide agar persembahan slide kami menarik dan mudah difahami. Kami telah menerangkn kepada kelas berkenaan apa itu kemahiran abad ke 21 dan peranannya dalam membentuk masyarakat atau generasi akan datang.

     Kami juga diajar oleh En. Yusof bagaimana cara untuk menyelitkan link dalam presentation kami. Link yang diselitkan lebih menjadikan persembahan kami menarik dan mudah disambungkan kepada maklumat yang lebih banyak berkenaan tajuk kami. En. Yusof juga telah mengajarkan untuk menyelaraskan konsep casper kepada persembahan kami agar lebih baik dan menarik.

      Saya berharap agar ilmu yang saya pelajari ini mampu saya kembangkan dan bermanfaat untuk generasi akan datang.

​Terima kasih.
0 Comments

Refleksi 3 Minggu ke 5

10/19/2015

0 Comments

 
Assalamualaikum...
      

      Pada minggu ini kami dibahagi kepada beberapa kumpulan dalam kelas kami untuk membuat tugasan seterusnya. Setiap kumpulan dianggotai 3 pelajar dan kami diberi satu tajuk untuk satu kumpulan. Kumpulan saya dianggotai oleh Ariff Mu'azzam, Noor Hajijah  dan saya sendiri, Nor Hana Afira. Anggota kumpulan ditetapkan oleh kami sendiri.




           Apabila ahli kumpulan telah ditetapkan, kami telah diberi tajuk yang perlu dikaji. Setiap kumpulan diberi tajuk yang berbeza dan kami telah mendapat tajuk Kemahiran Abad Ke-21(21st Century Skills) yang sangat menarik bagi saya. Kami dikehendaki mengkaji apa itu Kemahiran Abad ke-21 dan membuat hasil kajian kami di dalam aplikasi 'Google Slide', iaitu aplikasi yang telah diajar kepada kami. Aplikasi ini sangat menarik dan lebih banyak aplikasi yang boleh digunakan didalamnya melebihi aplikasi yang ada di power point. Ini menjadikan persembahan kami lebih menarik.
          Kami juga didedahkan dengan konsep 'Casper' dalam membuat persembahan slide agar slide kami seimbang dari segi penyampaian maklumat, warna dan keselarasan.



            Saya berharap agar tugas kami ini dipermudahkan oleh Yang Maha Esa kerana setiap apa yang kami buat,  tidak lain tidak bukan hanya untuk menunaikan tanggungjawab kami dan memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.

​Terima kasih..

0 Comments
<<Previous

    Archives

    January 2016
    December 2015
    October 2015
    September 2015

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Biodata Saya
  • Refleksi saya
  • Tugasan 1
    • Tugasan 2
    • tugasan 3
    • tugasan 4
    • tugasan 5
    • Tugasan 6
    • Tugasan 7
    • Tugasan 8